fbpx

Perinci jumlah kekurangan pemandu bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke Siew Fook (enam kiri) bersama Joachim (lima kanan) ketika gimik Pelancaran Volvo's Buses First B11RLE "Ride and Drive" di Seksyen 15 Shah Alam hari ini. FOTO/AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Semua persatuan bas ekspres diminta memperincikan jumlah sebenar kekurangan pemandu bagi mengatasi isu dihadapi industri itu di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu dibangkitkan menerusi pertemuan khas  pihaknya bersama wakil persatuan bas minggu lalu.

Menurutnya, isu kekurangan pemandu itu diakui bukan saja melibatkan bas ekspres malah bas henti-henti dan lori.

“Justeru, persatuan diminta memberi maklumat terperinci mengenai jumlah pemandu yang tidak mencukupi itu, negeri mana dan siapa operator atau syarikat bas berkenaan.

“Perkara itu penting bagi memudahkan kerajaan menjalin kolaborasi strategik bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berkenaan,” katanya selepas merasmikan bas dua tingkat Volvo B11RLE di sini, hari ini.

Jelas Siew Fook, langkah mengatasi isu itu antaranya membuka peluang pekerjaan dalam industri pengangkutan secara lebih meluas di semua kawasan.

“Sebagai contoh, kita boleh membuat ‘job fair’ bukan saja di negeri atau bandar utama malah daerah dan kawasan lain. Ia berikutan masalah kekurangan pemandu bas timbul sejak pandemik Covid-19 dan ada golongan muda di luar bandar turut berminat menceburinya,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI