fbpx

Peranan ulama, negarawan perlu digembleng dalam mendepani cabaran globalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Khalil (tiga dari kanan) bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan buku yang turut dilancarkan dalam Program Dialog Ulama Negarawan malam tadi.

PETALING JAYA – Peranan ulama dan negarawan perlu menggembleng dalam usaha mendepani cabaran globalisasi yang menekan umat Islam seluruh dunia.

Pengerusi Yayasan Permata Ummah, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, gabungan itu penting bagi memelihara segala rekod dan khazanah ilmu untuk dijadikan sumber generasi akan datang.

Jelasnya, ia akan dilaksanakan menerusi pelbagai usaha termasuk kajian dan penerbitan bahan arkib.

“Para ulama tidak hanya terlibat dalam gerak kerja dakwah, malah turut bersama dalam memberikan pemahaman mengenai siasah kenegaraan yang sahih dalam Islam.

“Justeru kita akan menggerakkan pelbagai usaha penting sesuai dengan visi dan matlamat penubuhan ini dari sudut penyelidikan ilmiah, pengembangan idea, kebajikan pendidikan dan lain-lain,” katanya selepas Program Dialog Negarawan semalam.

Mengulas mengenai dialong itu, beliau berkata, program seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform dan permulaan baharu untuk pengembangan idea demi kepentingan masyarakat dan negara.

Justeru beliau menambah, yayasan tersebut akan memberi penekanan dengan menggerakkan pelbagai usaha penting untuk merealisasikan matlamat penubuhannya dalam aspek penyelidikan ilmiah, pengembangan idea, kebajikan dan pendidikan.

Terdahulu, pada program itu juga berlangsung pelancaran Buku Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang Dalam Sosiopolitik Malaysia dan Antarabangsa.

Buku itu merupakan kumpulan hasil kajian dan penulisan daripada sembilan ahli akademik daripada Universiti Awam yang merangkumi, biografi lengkap Tan Sri Abdul Hadi Awang serta memuatkan tentang idea, gagasan dan perspektif politik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI