fbpx

Pelakon lelaki belasah isteri, polis sahkan terima laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isteri kepada seorang pelakon lelaki tanah air difahamkan telah tampil membuat laporan polis setelah dipukul oleh suaminya beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar telah mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak kami telah menerima laporan mengenai kejadian dan kes masih lagi dalam siasatan.

“Bagaimanapun, kami belum sempat merakam keterangan mangsa susulan mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! petang ini.

Terdahulu media melaporkan, mangsa berusia 20an berkenaan mendakwa dirinya dipukul beberapa kali pada bahagian mata.

Sehubungan itu, mangsa difahamkan telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur sekitar pukul 6.30 pagi tadi.

Pergelutan dipercayai berlaku apabila mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Mangsa kemudiannya ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka sehingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian mata. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI