fbpx

Pegawai polis ditahan terima rasuah RM1,000 bebas pesalah ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pegawai polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Temerloh selepas dikenakan tahanan reman selama tujuh hari.

TEMERLOH – Seorang pegawai polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan menerima rasuah berjumlah RM1,000 bagi membebaskan pesalah terlibat dengan ketum.

Suspek yang berusia 35 tahun dan bertugas di bahagian narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Temerloh pada pukul 11.15 malam semalam.

Suspek dipercayai meminta suapan daripada pengadu bagi memastikan tiada tindakan terhadap anak pengadu berhubung kesalahan menggunakan bahan terlarang iaitu ketum.

Suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini di reman selama tujuh hari bermula hari ini oleh Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Sementara itu Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI