fbpx

Padah jual android box di pasar raya, tiga lelaki didenda RM39,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIGA-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Padah menjual android box tidak diperakui di sebuah pasar raya di Peringgit di sini, tiga lelaki didenda dengan jumlah keseluruhan RM39,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lee Hock Chuan, 21,; Ong Tuck Keong,30, dan How Jun Tian, 20, yang mengaku salah masing-masing atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan Hock Chuan dan Jun Tian masing-masing didapati bersalah menjual tiga unit serta satu unit Top Box (android box) bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3) Akta Hak Cipta 1987.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan dengannya kesalahan telah dilakukan atau dipenjarakan maksimum 10 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 41(1)(ha) akta sama.

Dalam pada itu, Hock Chuan dan Jun Tian juga didapati masing-masing telah menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu 20 dan lapan unit android box.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut 16(1) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tuck Keong pula didakwa bersubahat dengan Hock Chuan dan Tuck Keong bagi kesalahan di bawah Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 dan Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 1.10 petang di sebuah pasar raya di Peringgit pada 25 Oktober 2021.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda keseluruhan sebanyak RM13,500 terhadap Hock Chuan, manakala Jun Tian RM5,500 dan Tuck Keong RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin, manakala Hock Chuan diwakili Peguam Vinson Tay dan Tuck Keong serta Juan Tian masing-masing diwakili peguam Goh Han Koon dan Milavieri Virginia Chong Yeng Nee.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI