fbpx

MyAirline perkenal Menu Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif MyAirline, Rayner Teo

SUBANG JAYA – Syarikat pe­nerbangan kos rendah, MyAirline bakal memperkenalkan Menu Ramadan tidak lama lagi, bersempena ketibaan bulan puasa pada minggu keempat bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo berkata, hidangan itu disasarkan untuk tujuan berbuka puasa dalam pesawat atau boleh dibawa pulang untuk berbuka di destinasi.

“Harganya masih belum ditentukan, tetapi ia adalah hidangan tradisi berserta minuman yang amat sesuai untuk berbuka puasa.

“Ia boleh dibeli oleh semua penumpang yang menggunakan khidmat penerbangan kami,” katanya kepada pemberita dalam sesi temu bual yang diadakan di ibu pejabat MyAirline di sini, baru-baru ini.

Kru kabin MyAirline mengenakan uniform yang dianggap ramai sebagai lebih sopan berbanding syarikat penerbangan yang lain.

Menurut Rayner, soal halal amat dititikberatkan oleh syarikat dan semua hidangan yang ditawarkan dalam penerbangan MyAirline dijamin halal kerana ia disediakan oleh pihak ketiga yang memiliki pensijilan ber­kenaan.

“Halal sangat penting dan itu sebabnya polisi kami ialah tiada penawaran minuman beralkohol dalam pesawat. Meskipun alkohol memberikan margin keuntungan yang sangat baik untuk syarikat, ia adalah keputusan yang kami ambil.

“Selain itu, ramai yang memuji uniform yang dikenakan kakita­ngan kami yang dilihat lebih sopan berdasarkan komen-komen di media sosial.

“Sebagai sebuah syarikat Malaysia, semua ini telah kami ambil kira sejak daripada perancangan awal penubuhan MyAirline lagi,” jelasnya.

Tambah Rayner, keputusan tersebut adalah berdasarkan pengalaman pihak pengurusan tertinggi MyAirline yang telah lama terlibat dalam industri pe­nerbangan dan beliau percaya ia merupakan pilihan yang lebih baik buat kakitangan.

“Untuk berubah (ke arah pemakaian lebih sopan) adalah lebih sukar. Menuju ke hadapan, meskipun kami barcadang untuk menawarkan penerbangan jarak lebih jauh, polisi untuk tidak menyediakan alkohol kekal buat masa ini,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI