fbpx

Lufya tuntut Mutaah RM1juta kepada bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE Muhammad Hafiz bersama Julia Farhana ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Lufya yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi ditemani ibunya dan peguam syarie yang mewakilinya. Sementara, Che Muhammad Hafiz, 33, turut hadir di mahkamah bersama peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan ditemani isteri, Julia Farhana Marin.

Prosiding pengurusan kes tersebut selesai kira-kira pukul 10 pagi dengan Lufya enggan ditemubual pihak media sebaik sahaja proses selesai.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, pengurusan kes tersebut adalah selepas Lufya memfailkan tuntutan berkenaan kepada pihak mahkamah pada Oktober tahun lalu.

“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Che Muhammaf Hafiz melalui proses Sulh, namun proses itu tidak tercapai. Jadi, hari ini adalah proses pengurusan kes dan kami sedang menunggu tarikh daripada pihak mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Che Muhammad Hafiz ketika ditemui berkata, beliau agak terkejut dengan amaun tuntutan Mut’ah yang dituntut Lufya.

Bagaimanapun, beliau menghormati tuntutan yang dibuat bekas isterinya itu namun menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan jumlah tuntutan yang perlu diberikan kepada Lufya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI