fbpx

Liga Super: Sri Pahang waspada ancaman Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang import, Kpah Sherman bakal menjadi sandaran Sri Pahang pada aksi Liga Super menentang Kelantan malam ini. - KOSMO/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

PENGENDALI Sri Pahang, Fandi Ahmad belum berasa panik dengan prestasi pasukan dan meminta pemainnya supaya tampil lebih tenang untuk menghadapi Kelantan di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Berdasarkan aksi mengikat Negeri Sembilan 1-1, Ahad lalu, legenda Singapura itu tidak menafikan anak buahnya agak kelam kabut terutamanya ketika pasukan berdepan masalah kecederaan pemain.

“Berdasarkan perlawanan dengan Negeri Sembilan, memang saya tidak puas hati tetapi puas bila dapat satu mata. Untuk perlawanan dengan Kelantan, pemain perlu pandai kawal situasi.

“Perkara penting buat kami adalah pemain kena baiki dalam aspek pengurusan perlawanan kerana kita dapat lihat apabila ada pemain cedera mereka seakan tidak tahu untuk kawal keadaan,” katanya.

Dalam masa sama, Fandi akui beliau mengarapkan magis daripada Abdul Malik Mat Ariff, Kevin Ingreso terutamanya ketika membantu Kpah Sherman di posisi serangan pasukan.

“Berdasarkan babak pertama (menentang Negeri Sembilan) kita seakan lambat membuat tindakan ketika perebutan bola kedua. Kpah juga tidak ada gandingannya dan kelihatan seperti kekok tetapi saya tahu dia sudah bekerja keras.

“Di bahagian depan kita agak tumpul. Namun apabila Malik masuk, kita dapat lihat pergerakannya agak lincah malah Kevin juga berjaya mainkan peranan untuk tenangkan corak permainan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI