fbpx

Liga Super: Selangor FC pamer aksi ‘lima bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang import Selangor FC, Ayron Del Valle meraikan gol yang dijaringkan ke atas Kuching City sebentar tadi. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mempamerkan aksi bertaraf ‘lima bintang’ selepas mencatat kemenangan bergaya 5-0 pada perlawanan Liga Super menentang Kuching City di Stadium Negeri, Sarawak sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti Faisal Halim, Noor Al-Rawabdeh dan Ayron del Valle mengetuai jentera serangan.

Percaturan tersebut membuahkan hasil apabila Al-Rawabdeh bijak menyudahkan peluang terhidang seawal minit ke-empat untuk membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat.

Momentum cemerlang Selangor berterusan dengan kini giliran penyerang import dari Colombia, Del Valle untuk meledak gol kedua berselang lima minit kemudian.

Tersentak dengan dua gol tersebut, skuad The Cats memperkemaskan benteng pertahanan dan berjaya bertahan sehingga wisel penamat babak pertama.

Namun, Selangor semakin ghairah apabila saingan memasuki separuh masa kedua dengan Al-Rawabdeh menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-48.

Kapten skuad Merah Kuning, Brendan Gan mengesahkan tiga mata berharga buat pasukan pelawat apabila melebarkan jaringan menjadi 4-0 pada minit ke-66.

Penyerang muda yang dimasukkan sebagai pemain gantian, Danial Asri melengkapkan kemenangan bergaya buat Selangor untuk memastikan penjaga gol Kuching City, Norazlan Razali buat kali kelima pada minit ke-73.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi kedudukan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI