fbpx

Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dan penduduk kampung melakukan operasi mencari kanak-kanak 10 tahun yang dipercayai lemas di Kampung Sri Makmur di Pekan.

PEKAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pasir, Kampung Sri Makmur, Chini di sini, semalam.

Mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Hafizhan Abd Zaib, beralamat di Felcra Sri Makmur di sini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 2.49 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pihak bomba dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai lemas di sungai. Sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut dibantu oleh penduduk kampung dan pencarian di permukaan air dilakukan dengan anggaran keluasan sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI