PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan dilaporkan di beberapa tempat di Perak dan Pahang serta satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
“Selain itu, satu dua tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut dilaporkan hujan.
“Tiada hujan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya hari ini.
Dalam masa sama, Sabah dilaporkan hujan di satu dua tempat melibatkan Tawau, Sandakan dan Kudat.
Sarawak pula diramalkan hujan di beberapa tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei serta satu dua tempat di Sibu, Mukah dan Kapit. – KOSMO! ONLINE