fbpx

Gempa Turkiye: PN sasar sumbang 100 buah rumah kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim dan lima Ahli Parlimen PN bergambar bersama replika cek yang akan diserahkan kepada kerajaan Turkiye dan Syria. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk menyumbang sebanyak 100 buah rumah kontena menerusi misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keberangkatan enam ahli Parlimen PN malam ini bagi menyalurkan bantuan pasca gempa bumi dengan memfokuskan penyediaan rumah sederhana kekal daripada kontena, bantuan makanan serta pakaian untuk musim sejuk.

“Kita ada empat misi bantuan kemanusiaan secara keseluruhan dan ini adalah misi bantuan kedua untuk menyerahkan sebanyak lima buah rumah kontena di Turkiye dan sebuah kontena makanan ke Syria.

“Berdasarkan jadual, kami akan ke dua lokasi iaitu Gaziantep dan Hatay dan dijangka pulang ke tanah air pada 7 Mac.

“Sebanyak RM350,000 diperuntukkan dalam misi bantuan ini hasil sumbangan daripada ahli Parlimen PN dan juga orang awam,” katanya kepada pemberita di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.

Selain Tuan Ibrahim, ahli Parlimen lain yang turut menyertai misi bantuan itu temasuklah Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik); Datuk Awang Hashim (Pendang); Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu); Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Kumpulan berkenaan turut disertai empat sukarelawan daripada PasRelief dan Sekretariat Aid 4 Turkiye-Syria dan kesemua mereka dijangka berlepas ke Turkiye dengan menaiki penerbangan pada pukul 11.50 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI