MENCURI perhatian dengan persalinan persis telekung ketika menghadiri majlis Gempak Most Wanted, gaya Datuk Seri Vida nyata meraih pelbagai komen.
Biarpun ada yang melihat gaya sebegitu unik dan lucu, rata-rata pemerhati melihat keberanian usahawan tersebut sebagai tidak bertempat.
Gambar persalinan ala telekung rona perak bercampur ‘beige’ sentuhan Behati itu dikenakan pada malam kemuncak acara hiburan tersebut dikongsikan bersama kapsyen ‘mengundang’.
“Pakaian kedua untuk #gempakmostwanted2022. Konsep menutup aurat pergi acara?” tulisnya ringkas.
Antara teguran yang diterima, Vida dikatakan tidak menghormati Islam dengan menggunakan telekung solat sebagai modal meraih perhatian.
“Telekung dibuat main untuk glamor. Astaghfirullah. Suci telekung itu buat umat Islam,” kata seorang netizen.
Mizz Lahar harap usahawan popular itu ada jawapan tersendiri dalam menangani isu ini.
Mizz Lahar: Kesihatan Ibnor Riza kembali merosot, kita doakan semoga penyanyi itu cepat sembuh.