fbpx

Gagasan Rakyat perkukuh perjuangan GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji ketika melancarkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Kota Kinabalu hari ini. -Foto Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kehadiran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bakal memperkukuh citra perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran lokal serta formula tempatan.

“Gagasan Rakyat sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah sekali gus menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

“Permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk kita di Sabah, malahan amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia,” katanya sempena Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah Sabah (SICC) hari ini.

Hajiji berkata, berdasarkan perubahan sentimen di peringkat akar umbi, rakyat Sabah mahukan parti tempatan bersifat lokal untuk menerajui kerajaan negeri.

“Memang benar, kita tidak seharusnya menolak kerjasama dengan parti nasional kerana kita perlu hidup dalam ekosistem federal dalam sebuah negara namun daripada segi kerangka governan negeri, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang diterajui citra lokal”,ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI