fbpx

Falcao bakal tenaga import baharu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FALCAO dikhabarkan bakal diberi kontrak selama dua tahun sehingga 2025 oleh JDT sebaik kontraknya berakhir di Vallecano pada Jun nanti. – AFP

PENYERANG veteran antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan hampir pasti menyertai skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kontraknya bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano berakhir Jun depan.

Menurut laporan media sukan utama Sepanyol, Marca, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan mahu menandatangani khidmat Falcao untuk tempoh sehingga 2025.

Selepas kontraknya sebagai pemain berakhir di JDT, Falcao akan terus diberi tugas menjadi sebahagian daripada pengu­rusan skuad Harimau Selatan dengan menjadi duta kelab JDT di peringkat antarabangsa.

Penyerang berusia 38 tahun itu dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk mengembangkan kariernya ke arena bola sepak Asia buat kali pertama selepas berkelana di Eropah sejak tahun 2009.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sememang­nya cukup berminat untuk mendapatkan khidmat Falcao dengan ‘khabar angin’ bertiup kencang sejak tahun 2021 lagi.

Perkara itu telah didedahkan oleh media sukan Turki sewaktu penyerang yang diberi gelaran El Tigre itu mewakili kelab Gala­tasaray sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Vallecano.

Falcao sebelum ini dianggap salah seorang penyerang berkelas dunia selepas mewakili beberapa kelab utama seperti River Plate, FC Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Manchester United, Chelsea dan Galatasaray.

Namun, prestasi Falcao ketika bermain bersama United dan Chelsea telah dikritik hebat susulan kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi saingan musim ini, Falcao juga tidak berjaya mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila hanya meledak dua gol dalam 18 perlawanan liga, tetapi Vallecano dilihat masih mampu bersaing apabila menduduki kedudukan keenam La Liga ketika ini

JDT yang dikendalikan oleh Esteban Solari pula sudah memiliki lapan pemain import musim ini terdiri daripada Jordi Amat, Bergson Da Silva, Leandro Velazquez, Diego Luis Santo, Shane Lowry, Juan Muniz, Oscar Arri­bas dan Fernando Forestieri.

Jendela perpindahan Liga Malaysia pula akan kembali dibuka bermula 5 Julai hingga 1 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI