fbpx

Bendahari Agung Bersatu direman bantu siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamad Salleh Bajuri bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan susulan pembekuan akaun parti tersebut.

Menurut sumber, Mohamad Salleh direman selama dua hari sejak kelmarin selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk memberikan keterangan.

“Reman tersebut sepatutnya tamat hari ini namun akan dilanjutkan bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya ringkas kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada 1 Februari lalu mengesahkan pembekuan akaun Bersatu bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku dilakukan pemimpin parti itu.

SPRM pada Disember lalu turut telah mengesahkan menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi dibelanjakan kerajaan terdahulu pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan Covid-19 daripada Kementerian Kewangan.

Jelas suruhanjaya tersebut, fokus siasatan terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI