fbpx

Banjir Johor: RM10 juta disalurkan beli peralatan, bantuan tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID (dua dari kiri) meninjau keadaan banjir di Kota Tinggi, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KOTA TINGGI – Sebanyak RM10 juta peruntukan disalurkan kerajaan pusat bagi membeli peralatan dan bantuan tambahan untuk mangsa banjir di Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tersebut adalah untuk menampung keperluan di semua daerah yang terjejas dimana akan ditambah sekiranya tidak mencukupi.

“Kita telah hantar bantuan RM10 juta setakat ini untuk (banjir) kali ini. Saya dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi bahawa selimut, bantal, tilam tidak mencukupi.

“Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah beritahu pegawai daerah agar pembelian dilakukan segera dan pembayaran kepada jawatankuasa banjir daerah sebagai tindakan pantas NADMA bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya akan menghubungi Kementerian Pembangunan Keluarga dan Wanita bagi menyelaras tugas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM7.6 juta bagi mendalamkan sistem perparitan di Kota Mas dan bandar Kota Tinggi sebagai langkah segera dalam mengatasi masalah banjir.

Selain itu katanya, sebanyak RM15 juta turut diperuntukan bagi mendalamkan dan melebarkan Sungai Lalang di sini sebagai langkah menampung air sekiranya berlaku hujan lebat luar biasa serta peningkatan paras air laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI