fbpx

AWS: Pelaburan teknologi AS$6 bilion terbesar di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keterujaan beliau susulan kesediaan Amazon Web Services (AWS) untuk membina sebuah kawasan infrastruktur di Malaysia dengan anggaran pelaburan sebanyak AS$6 bilion (RM25.5 bilion).

Perdana Menteri berkata, pelaburan sehingga 2037 atau 15 tahun itu menggambarkan komitmen AWS dengan pelaburan teknologi di peringkat antarabangsa yang terbesar setakat ini di Malaysia.

“Ini juga selari dengan wawasan Malaysia Madani berhubung ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan di mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.

“Hari ini kita melihat sejumlah besar syarikat Malaysia daripada syarikat permulaan, kepada perusahaan telah mengubah perkhidmatan dan proses mereka,” katanya menerusi perkongsian di laman media sosial hari ini.

Anwar berkata, mereka (syarikat) telah menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan penyedia perkhidmatan awam seperti AWS.

“Petronas adalah contoh syarikat terbaik yang membawa perubahan pantas terhadap transformasi digital.

“Mereka memanfaatkan kuasa ‘awan’ untuk memodernisasikan infrastruktur IT mereka menjalankan pelbagai operasi, mempercepatkan proses membuat keputusan dengan pertolongan analisis data dan aplikasi digital baharu seperti Setel, untuk menaik taraf pengalaman pelanggan,” ujar beliau.

Terdahulu, AWS mengumumkan bakal membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM25.5 bilion sehingga 2037. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI