PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan erterusan tahap buruk berkuat kuasa sehingga Sabtu ini melibatkan beberapa tempat di Pahang dan Johor.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkat, Pahang melibatkan Pekan dan Rompin, manakala Johor meliputi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Katanya, dalam masa sama, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga hari ini melibatkan kawasan seperti Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran, Kuantan dan Bera) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).
“Sarawak pula (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu),” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE