fbpx

Alicia Amin sah cerai, suami dah keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALICIA AMIN sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Lebih kurang dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan model jelita, Alicia Amin mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Farzan Iqbal, 29.

Alicia ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi berkata, perceraian mereka berlaku secara baik dan bukan disebabkan kecurangan atau gangguan pihak ketiga.

“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu.

“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing dan selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri,” kata pelakon berusia 28 tahun itu.

Dedah Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, lafaz cerai dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, hubungan mereka memang sudah lama retak menanti belah dan akhirnya tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

“Kami masing-masing dah dewasa. Kami kahwin cara baik dan berpisah pun cara baik.

“Saya masih sayangkan Farzan dan dia seorang lelaki yang baik tetapi, jodoh sampai sini sahaja. Saya tak nak buruk-burukkan bekas suami kerana itu bukan cara saya.

“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sini ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model.

“Saya berada di Bali, Indonesia selama lebih kurang sebulan baru-baru ini, dan lepas balik, memang dah fikir habis bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami. Dia dah keluar dari rumah cara baik dan saya doakan yang terbaik buat Farzan,” ujar pelakon drama The Bridge itu.

Terdahulu, Alicia berkahwin dengan Farzan, seorang doktor perubatan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada Februari 2021. Hasil perkahwinan,  mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI