fbpx

Tayang raket mewah, Syahrini dituduh tak bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINI

BUKAN perkara baharu para selebriti mempamerkan kekayaan dengan membeli barangan jenama mewah bernilai ribuan ringgit.

Syahrini antara selebriti Indonesia yang kerap berkongsi barangan mewah meskipun kini penampilannya tidak lagi popular seperti dahulu.

Terbaharu, penyanyi itu menunjukkan raket tenis jenama kelas dunia, Chanel berwarna hitam putih yang baru dibelinya.

Perkongsian video tersebut bukan menerima pujian sebaliknya menjadi bahan jenaka netizen yang menganggap penyanyi itu tidak bahagia dalam kehidupan realitinya.

“Dia seperti ada gangguan mental, mahu menunjukkan kekayaan sehingga semua mahu ditunjukkan di media sosial.

“Ciri-ciri orang tidak bahagia, sentiasa mahu dipuji. Dia meletakkan kebahagiaan itu pada barangan mewah,” ujar netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI