fbpx

Sultan Nazrin sampaikan hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Perak 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua dari kanan) berkenan menyampaikan hadiah di majlis penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di Ipoh semalam. - - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup serta penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lepas di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini semalam.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Shah.

Dalam majlis itu, Mohd. Kamaruzaman Daud dinobatkan sebagai johan qari manakala Nurul Syafiqah Nardi pula johan qariah dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW, sijil dan hadiah iringan berserta pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.

Dalam kategori sama, naib johan qari dimenangi oleh Mohamad Sahran Termizi dan Mohd. Ashaari Lemaan di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi oleh Norhazira Nabila Mohammad Kamel dan di tempat ketiga, Puteri Kalimatul Azzua Hamid.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil dan hadiah iringan.

Bagi hafazan pula, dua beradik, Muhammad Adib Ahmad Rozaini dan Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini muncul sebagai johan qari dan qariah bagi kategori 1-30 juzuk yang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW berserta pakej menunaikan haji, hadiah iringan dan sijil.

Para pemenang bakal mewakili Perak dalam Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Arena Butterworth, Pulau Pinang pada Jun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI