fbpx

Status 89 calon SPM tidak hadir akibat banjir ditentukan KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza (kanan) ketika melawat mangsa banjir di PPS SK Laksamana, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menentukan status 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak hadir menduduki kertas peperiksaan mereka susulan banjir yang melanda Johor hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norliza Noh berkata, perkara itu akan ditentukan dalam masa terdekat di mana laporan penuh berkaitan semua calon berkenaan juga telah dihantar oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Kita jangkakan 89 calon SPM yang terkandas itu perlu mengambil semula kertas peperiksaan yang tidak sempat mereka duduki kerana terjejas banjir. Namun KPM akan membuat pemakluman rasmi mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Kerajaan Johor sudah menempatkan 89 calon SPM di pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran pusat peperiksaan mereka bagi memudahkan mereka mengambil baki kertas SPM,” katanya selepas meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana, hari ini.

Terdahulu, seramai 89 calon SPM membabitkan lapan pusat peperiksaan iaitu tujuh di Segamat dan satu di Kulai dilaporkan terkandas kerana banjir dan tidak hadir menduduki kertas peperiksaan mereka hari ini.

Sementara itu, Norliza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata, sebanyak 13 sekolah di negeri ini tidak dapat digunakan sebagai PPS berikutan dijadikan pusat peperiksaan SPM. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI