fbpx

Polis nafi video tular kejadian jambatan runtuh di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular video dakwaan jambatan runtuh di Johor.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan sebuah video yang tular menunjukkan kejadian sebuah jambatan runtuh berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mengesan sebuah video berdurasi 20 saat mendakwa kejadian jambatan runtuh dan dibawa arus deras.

“Polis Kontinjen Johor mengesahkan kejadian itu tidak berlaku di negeri ini dan dipercayai berlaku di luar negara.

“Polis telah mengesan video itu berlaku sekitar 12 Disember 2022 di luar negara,” katanya daam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran.

Tegasnya, mana-mana pihak yang bertindak demikian boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI