fbpx

PM umum pendaftaran, kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembukaan pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023.

Perkara itu diuar-uarkan oleh beliau sekitar pukul 3.25 petang tadi menerusi laman Twitter rasminya.

“Alhamdulillah, pendaftaran baharu dan kemas kini STR akan dibuka mulai hari ini sehingga 31 Mac 2023.

“Ini bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian,” ciapnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, STR pada tahun ini akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

Menurutnya, pemohon STR boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI