fbpx

Penunggang motosikal lakukan provokasi di jalan berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditangkap di Kampung Beradek Ulu, Kuching pada pukul 10 malam, 27 Februari lalu.

KUCHING – Polis berjaya menangkap seorang lelaki yang melakukan provokasi ke atas pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditangkap pada pukul 10 malam, 27 Februari lalu.

“Bertindak atas maklumat, pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah membuat tangkapan terhadap suspek di Nombor 37, Kampung Beradek Ulu, Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan kes rompak dan samun.

Ahsmon menambah suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya suspek telah direman selama tiga hari untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 42() Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, suspek yang menunggang motosikal dikesan melakukan provokasi ke atas pengguna jalan raya lain menerusi satu video yang tular di media sosial.

Kejadian berlaku pada 25 Februari lalu kira-kira pukul 3.10 petang di Jalan Tabuan Tranquality. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI