fbpx

Penantian berakhir, suami ditemui mati dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terabung dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Lotong, Kota Marudu semalam.

KOTA MARUDU – Penantian seorang isteri yang menunggu kepulangan suaminya berakhir duka apabila insan tersayang maut selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Lotong semalam.

Mayat Jelson Ginsiu, 22, ditemui orang awam dalam keadaan terapung di parit di Jalan Lotong menghala ke Hospital Kota Marudu.

Terdahulu, isteri mangsa membuat laporan polis kelmarin menyatakan suaminya tidak pulang ke rumah sejak 26 Februari lalu selepas habis kerja pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 11.55 pagi menyatakan terdapat satu mayat terapung di dalam parit.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di antara pukul 1 hingga 4 pagi ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Pekan Kota Marudu ke rumah di Taman JJ.

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang lampu sebelum termasuk ke dalam parit. Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikuti Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI