fbpx

Pecca catat keuntungan tiga angka separuh pertama 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan tinggi daripada pengeluar kenderaan memberi impak positif kepada keputusan kewangan Pecca. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembuat upholsteri kulit automotif, Pecca Group Berhad mencatatkan keuntungan lebih 157 peratus bagi separuh pertama sekali gus memecah rekod tahun kewangan 2023 (TK2023).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Foo Ken Nee berkata, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih RM16.76 juta pada separuh pertama berakhir 31 Disember 2022, berbanding RM6.51 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Sementara itu, bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022, Pecca melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM8.41 juta, yang melonjak sebanyak 40.1 peratus.

Jelas beliau, Pecca turut menikmati margin keuntungan bersih kukuh dua angka sebanyak 15.5 peratus pada separuh pertama positif bahawa momentum pertumbuhannya akan berterusan pada suku akan datang.

“Dengan pelanggan automotif utama termasuk Perodua, Proton, Nissan, Toyota, Peugeot dan Volkswagen menyaksikan pesanan jualan kereta yang kukuh, Pecca bersedia untuk menjadi benefisiari utama permintaan yang kukuh.

“Hasil kumpulan dipacu oleh sarung kerusi kereta upholsteri, jahitan dan pembekalan sarung aksesori kereta bersama-sama dengan penyediaan perkhidmatan pembalut serta jahitan, masing-masing menyumbang kira-kira 89.9 peratus, 4.4 peratus dan 2.9 peratus daripada jumlah pendapatan,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Ken Nee berkata, segmen tempat duduk kereta kulit original equipement manufacturer (OEM) menyumbang kira-kira 86.7 peratus daripada jumlah hasil untuk sarung kerusi kereta kulit.

“Manakala, segmen pengilang peralatan gantian (REM) dan pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) menyumbang kira-kira 4.4 peratus dan 8.9 peratus masing-masing,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI