fbpx

Ms Puiyi enggan fikir jolokan simbol seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MS PUIYI kini mahu dikenali sebagai DJ muzik dan pelakon.

PETALING JAYA – Perlahan-lahan membina imej bersih termasuk tidak lagi aktif membikin konten sebuah platform tontonan dewasa, pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Ms Puiyi kini  mahu fokus dalam bidang seni.

Puiyi atau nama sebenarnya, Siew Pui Yi, yang sering beraksi erotik dalam media sosial berkata, fokusnya dalam karier kini tertumpu terhadap cabang lain, termasuklah lakonan dan DJ muzik atau kelab malam.

“Tahun ini, saya akan fokus berlakon filem dan akan ada beberapa filem yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Sudah tentu juga, sebagai DJ kelab malam. Selain itu, saya juga seorang penerbit muzik. Selain itu, saya akan muncul dengan single baharu tidak lama lagi juga,” katanya.

Bercakap tentang skeptikal umum jolokan simbol seks yang  melekat dengan dirinya, wanita berusia 24 tahun itu enggan pening kepapa dengan omongan orang.

“Bagi saya, seseorang yang seksi saya tiada masalah nak mainkan karakter atau peranan diberikan.

“Tapi, kalau dalam platform lain saya dah tak buat semua itu. Sekarang fokus saya banyak tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam. Kadang-kadang jadi DJ pun, saya kena beraksi seksi bergantung kepada acara atau festival yang saya terlibat sama,” ujarnya.

Puiyi yang melakonkan karakter Kitty dalam filem sensasi Pulau. Katanya, pengalaman berlakon dalam naskhah tersebut adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Sebenarnya, saya agak takut dan pada masa sama, gemuruh (menunggu respons penonton).

“Tapi saya juga tahu yang ramai peminat menanti untuk menonton filem Pulau di pawagam bermula 9 Mac nanti,” katanya.

Sekadar info, Puiyi merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai seramai 20.4 juta pengikut Instagram.

Puiyi merupakan pempengaruh sensasi dalam media sosial bahkan cukup terkenal susulam kerap menghasilkan konten erotik dan mencolok mata.

Pada awal Disember lalu, Puiyi telah mengumumkan pengundurannya sebagai bintang porno dan memilih untuk melebarkan sayap dalam bidang muzik menjadi seorang DJ.

Terdahulu, Puiyi pernah menggemparkan negara apabila menjadi aktres porno pertama dari Malaysia yang berjaya membintangi filem-filem lucah terbitan produksi terkemuka dunia, Playboy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI