GLASGOW – Seorang lelaki transgender dari Scotland, Islan Bryson didapati bersalah kerana merogol dua wanita dan dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun, lapor laman berita The Guardian semalam.
Dia disabitkan pada bulan lalu kerana merogol dua wanita iaitu seorang di Clydebank pada 2016 dan seorang lagi di Glasgow pada 2019 ketika masih bergelar lelaki yang dikenali dengan nama Adam Graham.
Pendakwa raya berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menjadikan wanita-wanita sebagai mangsanya selepas bertemu dengan mereka menerusi internet.
Bryson dijatuhi hukuman penjara lapan tahun di sebuah mahkamah tinggi di Edinburgh.
Hakim Lord Scott berkata, Bryson mempunyai risiko tinggi untuk mengulangi kesalahannya.
Scott menambah bahawa Bryson terus menafikan sekeras-kerasnya kesalahan yang dilakukannya dan mendakwa bahawa mangsa-mangsanya ‘bersubahat’ dengannya. – Agensi