fbpx

Lelaki Rohingya beri amaran jangan sibuk hal warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki Rohingya tersebut yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Rohingya memberi amaran kepada seorang warga tempatan yang banyak menentang golongan pelarian itu supaya tidak masuk campur urusan mereka mendapat kecaman orang ramai.

Lelaki Rohingya itu dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya turut berkata, kehadiran golongan pelarian itu di Malaysia juga hanya kerana mereka terpaksa berikutan tidak selamat berada di negara sendiri.

“’Assalamualaikum, selamat malam ustaz. Maaf tengah kerja. Nak beritahu, saya tahu ustaz orang tempatan, kami pendatang, pelarian.

“Sebenarnya kami datang sini bukan sebab kami suka di sini, tidak. Sebab kampung halaman kami ada masalah, kami lari pergi sini, terpaksa. Bukan sebab kami suka di sini,” katanya.

Katanya lagi, dia dan rakan-rakannya juga tidak pernah meminta simpati rakyat Malaysia, sebaliknya bekerja keras demi menyara kehidupan sendiri.

“Jadi kami sudah duduk di sini, ada berkeluarga, ada anak isteri, ada bujang, duda. Kami duduk sini, bukan kami pergi kacau setiap rumah minta makan.

“Kami punya tulang, punya kaki, tangan, kekuatan untuk kami kerja, untuk kami cari rezeki sendiri supaya kami jangan menyusahkan orang tempatan.

“Kami tolong orang tempatan, orang tempatan bagi makan kami. Bukannya kami tidur, bangun tidur, pergi minta makan dengan orang tempatan. Tidak,” jelasnya.

Lelaki itu turut memberi pesanan kepada individu terbabit agar tidak mengacau rakan senegaranya, sebaliknya menyerahkan hal mereka kepada pihak berkuasa sahaja.

“Ustaz hanya orang tempatan, orang Malaysia, kami pendatang. Kalau boleh, jangan keterlaluan sibuk orang asing mahu bikin (buat) apa, semua akan urus dengan kerajaan Malaysia, polis dan imigresen.

“Mereka yang uruskan, nak cari lesen, roadtax apa semua mereka uruskan, bukan ustaz. Ustaz salah, jangan keterlaluan, jangan terlebih ustaz” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial turut mengecam kenyataan lelaki berkenaan yang dianggap biadab dan tidak bersyukur.

“Tidak sedar diuntung, sudah diberi tumpang malah mahu menjadi tuan,” kata Murni.

“Dah tahu kampung halaman ada masalah , jangan buat masalah di kampung halaman orang,” kata Jemin.

“Ustaz tu ketengahkan isu yang mana etnik kamu rampas hak penduduk tempatan, sedangkan kamu pelarian tidak boleh bekerja. Fahamkan isu baru bersuara,” kata Firuz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI