fbpx

KPDN laksana Ops Tiris banteras ketirisan diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (tengah) bertemu bersama wakil kementerian dan agensi di Putrajaya hari ini. FOTO IHSAN KPDN

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Tiris bermula hari ini hingga 31 Ogos depan bagi membanteras ketirisan pelaksanaan subsidi berdiesel di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, pelaksanaan Ops Tiris itu diputuskan menerusi mesyuarat bersama antara pelbagai kementerian dan agensi berkaitan hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu penting bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.

“Selain itu, dua jawatankuasa ditubuhkan di dalam pelaksanaan Ops Tiris ini iaitu Jawatankuasa Pemandu (JKP) dan Jawatankuasa Teknikal (JKT).

“KPDN sentiasa memperkasakan penguatkuasaan tegas di semua peringkat, kawasan dan lokaliti termasuk kawasan kepulauan, sempadan, perindustrian dan eksport, bandar serta di luar bandar,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, berdasarkan statistik penguatkuasaan KPDN sejak tahun 2019 sehingga Januari lalu, sebanyak 3,085 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM 82.56 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI