fbpx

Kes demam denggi tunjuk trend menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-8 tahun 2023 dilaporkan sebanyak 2,145 kes berbanding 2,149 pada minggu sebelumnya iaitu menyaksikan penurunan sebanyak empat kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada Minggu Epidemiologi berkenaan.

“Kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 17,388 kes berbanding 5,558 kes bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 11,830 kes.

“Sebanyak 14 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh sama pada tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, sebanyak 66 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 79 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 40 lokaliti hotspot berada di Negeri Selangor, 15 lokaliti hotspot di Sabah, Pulau Pinang (5), Putrajaya dan Kuala Lumpur (4) selain masing-masing satu di Negeri Sembilan serta Melaka.

“Survelan chikungunya merekodkan sebanyak satu kes dari Negeri Sembilan pada minggu terbabit.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 95 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 400 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI