fbpx

Keluarga Komando Edrin terima pampasan lebih RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edrin.

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) memberikan pampasan sebanyak RM14,739 kepada keluarga Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang maut akibat lemas ketika melakukan latihan selam di perairan Pulau Undan, 19 Februari lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, jumlah tersebut merangkumi ganjaran terbitan berjumlah RM9,310 dan faedah gantian cuti rehat sebanyak RM5,428 yang akan dibayar secara ‘one-off’.

“Kita juga memberikan pampasan sebanyak RM1,528 yang akan dibayar secara bulanan.

“Ia meliputi pencen terbitan berjumlah RM459.80, pencen orang tanggungan (RM287.37) serta ex-gratia orang tanggungan sebanyak RM781.63,” katanya pada sidang akhbar Istiadat Perbarisan sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zamrose berkata, bayaran faedah itu akan dibuat dengan kadar segera bagi meringankan beban keluarga Edrin.

Terdahulu, mayat Edrin yang merupakan anggota Tentera Darat daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor selepas 12 hari dilaporkan hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI