PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Laut Bismarck pada pukul 1.36 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kejadian gempa bermagnitud 6.3 skala Richter itu berlaku di 4.8 darjah Selatan dan 149.5 darjah Timur.
“Gempa bumi kuat itu berlaku 116 kilometer (km) Barat Laut dari Kimbe, Papua New Guinea drbgan kedalaman 567 km.
“Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE