fbpx

EPL: Liverpool gagal temui punca merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berdepan krisis prestasi ketika ini sehingga menyukarkan mereka untuk layak ke pentas Eropah musim depan. – AFP

LIVERPOOL – Pemain veteran Liverpool, James Milner mendedahkan bahawa mereka masih belum menemui punca kemerosotan prestasi pasukan itu sepanjang musim ini.

Aksi menentang Crystal Pa­lace awal pagi Ahad lalu menyaksikan Liverpool mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang dengan kelompok empat pasukan teratas selepas sekadar terikat tanpa jaringan pada perlawanan tersebut.

Liverpool hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2023 dan bakal berdepan cabaran lebih getir apabila akan menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers awal pagi esok dan Manchester United pada Isnin nanti.

“Banyak faktor dan alasan yang boleh diberikan, tetapi hakikatnya kami sendiri tidak mengetahui punca prestasi pasukan ini menjadi sedemikian.

“Apabila sesuatu itu tidak berjalan lancar, orang akan berta­nyakan punca dan alasan, tetapi ia sekadar penafian. Adalah penting bagi kami untuk tidak terlalu mempedulikan kritikan dan kecaman yang diberikan.

“Buat masa sekarang, semua seperti tidak berada pada kedudukan yang tepat, ia mengecewakan dan kesukaran seperti ini tidak sepatutnya kami hadapi,” katanya.

Liverpool akan turun bertemu Wolves buat kali keempat musim ini selepas tewas 0-3 di Molineux pada aksi EPL.

Mereka juga bertemu dua kali untuk aksi pu­singan ketiga Piala FA apabila seri 2-2 di Anfield sebelum menang 1-0 di tempat lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI