fbpx

EPL: Arteta akui masih perlukan Martinelli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINELLI muncul wira Arsenal apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Leicester sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui masih berharap dengan sentuhan berbisa Gabriel Martinelli menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Goodison Park pada awal pagi esok.

Sebagai rekod, Martinelli te­lah mempamerkan ketajaman apabila membantu The Gunners melakar kemenangan penting 1-0 ke atas Leicester City, sekali gus kekal mendahului carta liga musim ini.

Kata Arteta, pemain berusia 22 tahun itu memiliki sikap yang cukup baik meskipun telah di­sisihkan dalam kesebelasan
utama pada beberapa perlawanan lepas ekoran kemelut prestasi.

“Saya gembira apabila Martinelli kekal positif selain memberikan respon yang baik apabila disisihkan dalam kesebelasan utama pada beberapa perlawanan lepas. Dia kembali digunakan pada aksi bertemu Leicester dan berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan.

“Kini, saya mahu dia meneruskan momentum cemerlang dalam memastikan pasukan dapat melakar kemenangan ke atas Everton nanti selain tidak mensia-siakan peluang pasukan ketika bermain di laman sendiri,” kata pe­ngendali kelahiran Sepa­nyol itu.

Sementara itu, Arteta turut memuji prestasi yang dipamerkan oleh dua pemain baharu yang ditandatangani pada jendela perpindahan Januari lepas, Jorginho dan Leandro Trossard yang semakin serasi dengan rakan-rakan sepasukan.

“Jorginho telah memberikan impak besar buat pasukan khususnya di jentera tengah. Sementara itu, Trossard juga sudah membalas kepercayaan yang diberikan apabila dia mampu bermain di posisi No. 9,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI