fbpx

Enam warga asing gagal seludup diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali (kanan) memeriksa kenderaan pendaftaran asing membawa muatan diesel yang disita pada sidang akhbar di JKDM Bukit Kayu Hitam, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

BUKIT KAYU HITAM – Licik! Demikian kegiatan enam warga asing yang cuba menyeludup minyak diesel ke negara jiran menggunakan pikap diubah suai dengan tangki tambahan.

Kegiatan mereka yang berusia 40-an itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi pada 29 Januari lepas membabitkan enam pikap jenis Hilux.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, kegiatan penyeludupan itu kembali rancak dipercayai ekoran harga diesel yang tinggi di negara berkenaan.

“Bertindak dalam ops khas, pada 29 Januari, di antara pukul 7 malam hingga 8.30 malam, Cawangan Penguatkuasaan, Bukit Kayu Hitam menahan pikap jenis Toyota Hilux ini di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

“Pemeriksaan mendapati terdapat tangki khas (tambahan) yang dipercayai bermuatan minyak diesel. Harga diesel di negara tersebut adalah RM4 lebih seliter berbanding dengan dijual di sini. Kastam mempercayai penyeludup cuba menjual diesel di negara mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Beliau menambah, sejumlah 1,780 liter ditemui di dalam tangki tambahan dalam kesemua pikap berkenaan dengan nilai anggaran RM3,827.

“Pikap pertama mengandungi 400 liter, pikap kedua (200 liter), pikap ketiga (180 liter), pikap keempat (130 liter), pikap kelima (400 liter) dan keenam (470 liter),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI