fbpx

Enam pekerja kebun durian warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan enam warga asing yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di pondok sebuah kebun durian di Bentong.

BENTONG – Enam pekerja kebun durian warga asing ditahan kerana didapati terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah pondok kebun durian di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua suspek berumur 18 hingga 38 tahun yang baru enam bulan datang ke negara ini ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam.

“Hasil pemeriksaan pihak polis menemukan 0.45 gram dadah jenis syabu dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamin.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam menangani isu dadah dan jenayah di daerah ini.

“Pihak polis merakamkan ribuan terima kasih kepada orang ramai khususnya penduduk di daerah ini yang menyalurkan maklumat serta peka terhadap perlakuan jenayah mahupun dadah di sekeliling mereka.

“Orang ramai digesa agar terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis khususnya berkaitan aktiviti dadah mahupun jenayah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI