fbpx

Enam dari Perak bertanding MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Wanita Perak 2023 dan Penyerahan Geran Penerbitan Ilmiah Perak Sejahtera 2030 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO

IPOH – Seramai enam orang calon dari UMNO Perak telah mendaftar untuk bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, terdapat beberapa orang dalam kalangan wakil negeri Perak telah memaklumkan bahawa mereka telah menghantar dan mendaftar untuk menjadi calon MKT.

“Enam orang iaitu Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman.

“Seterusnya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda UMNO Perak, Datuk Mohd. Ariff Abdul Majid dan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad.

“Jadi, orang Perak perlu menyokong dan mengundi mereka,” katanya kepada pemberita sempena melancarkan Bulan Wanita Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saarani yang juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong itu turut menasihatkan kepada semua calon untuk bersaing secara sihat sepanjang proses pemilihan itu.

“Kalau ada manifesto, barang kali boleh sebutlah apakah yang akan kita buat jika kita diberi mandat tanpa perlu menyindir, melukakan hati orang dan tanpa perlu kita menidakkan jasa yang telah dibuat oleh orang lain.

“Kita ada kelemahan dan kelebihan. Janganlah kita saling melondehkan satu sama lain, sebab bila kita londehkan kawan-kawan siapa yang terpilih semua terlondeh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI