fbpx

Empat nelayan direman seminggu kerana memiliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang berjaya dipintas dan ditahan oleh APMM Zon Kuala Kurau semalam.- FOTO IHSAN APMM

PARIT BUNTAR – Empat nelayan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau kerana memiliki beberapa paket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine di kedudukan 1.56 batu nautika barat Kuala Terong di sini pada pukuL 11.15 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, semasa pihaknya melakukan rondaan di perairan Kerian dan Larut Matang, mereka telah mengesan sebuah bot nelayan jenis gentian kaca bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran APMM, bot itu nekad meloloskan diri, namun ia berjaya dipintas. Pemeriksaan dilakukan menemui seramai tiga nelayan warga Myanmar dan seorang kru warga tempatan yang merupakan tekong berumur antara 25 hingga 60 tahun berada di dalam bot itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan itu juga, APMM Zon Kuala Kurau berjaya merampas beberapa paket plastik yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 60 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM8,400.

“Selain itu juga, anggota APMM turut merampas 100 unit bubu naga dianggarkan bernilai RM7,000 dan bot itu juga beroperasi tanpa memiliki lesen yang sah.

“Kesemua nelayan, bot dan bubu naga ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau. Mereka telah direman mulai hari ini selama tujuh hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI