fbpx

Empat mangsa disahkan terlibat dalam kejadian bot hilang – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot Perikanan PL87 yang dilaporkan hilang dalam perjalanan ke Pengkalan Tampoi, semalam.

KUALA LUMPUR – Empat mangsa disahkan telibat dalam kejadian sebuah bot Jabatan Perikanan Negeri Johor bernombor PL87 yang hilang ketika dalam ke Pangkalan Tampoi dari Pengerang, Johor Bharu petang semalam.

Mendedahkan identiti mangsa yang hilang, Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, mereka ialah Fatimah Razak, 36, Zaharin Baharudin, 37, Halim Sanip, 52 dan Marzuki Jusuh, 53.

Jelas beliau, mereka adalah kru bot terbabit dan setakat ini semua mangsa masih belum ditemui.

“Saya sendiri telah bercakap dengan semua waris mangsa pada pagi tadi, keempat-empat orang saya dapat hubungi. Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perikanan untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada semua waris mangsa.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan keselamatan mereka dan berharap semua mangsa akan segera ditemui dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihak berkuasa akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tersebut diketuai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Ujar beliau, SAR tersebut akan disertai Pasukan Polis Marin (PPM), Police Operations Command Centre (POCC) dari Singapura dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) dari Indonesia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI