fbpx

Elak aktiviti perkhemahan di Port Dickson ketika cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung berkhemah pada musim cuti sekolah di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak menggalakkkan pengunjung untuk menjalankan aktiviti perkhemahan di pantai-pantai awam di daerah ini susulan hujan berterusan sejak semalam.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, setakat ini terdapat empat tapak perkhemahan yang berada di sekitar pantai di Port Dickson.

“Kalau pantai awam kami tidak menggalakkan untuk berkhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pengusaha PD Mayangsari Campsite Port Dickson, Darrel Lim ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya menutup sementara tapak perkhemahan itu sehingga esok susulan cuaca buruk.

“Keadaan tapak perkhemahan masih baik cuma kami bimbang hujan akan semakin teruk. Oleh itu, saya telah memaklumkan perkara ini kepada pengunjung yang akan mendaftar hari ini dan esok.

“Setakat ini, sembilan pelanggan akan menginap di tapak perkhemahan ini, namun selepas pemberitahuan tersebut, hanya seorang sahaja pelanggan yang akan menginap manakala dua lagi mengembalikan tempahan dan enam lagi menangguhkan penginapan mereka.

“Sebelum ini, terdapat kes pokok tumbang disebabkan angin ribut dan kejadian air pasang besar sehingga menyebabkan seluruh tapak perkhemahan dinaiki air pada tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI