fbpx

Dukung anak sulung berkhatan pindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar mendukung anaknya, Muhamad Afiq Danish yang baru berkhatan bersama isteri, Norazila Mohd. Nazri di PPS SK Bukit Mutiara, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang bapa terpaksa mendukung anak sulungnya yang baru berkhatan dalam keadaan hujan lebat dan banjir selepas kediaman mereka di Kampung Paya Kenangan, Bandar Dato Onn di sini dinaiki air.

Anuar Salleh, 39, berkata, anaknya, Muhamad Afiq Danish, 8, yang baru saja berkhatan di sebuah klinik di Tiram didukung oleh bapanya dengan meredah banjir ketika air mulai naik berikutan hujan lebat sejak semalam.

Menurut Anuar, ketika kejadian kira-kira pukul 8 malam dan air dari Sungai Tebrau mulai melimpahi kawasan rumah dengan cepat sehingga keparas pinggang.

“Saya tidak punyai pilihan, yang penting keluarga saya mesti diutamakan untuk diselamatkan dan berpindah dengan segera.

“Kebetulan anak saya baru saja berkhatan jadi saya terpaksa mendukungnya dan keluar bersama isteri dan anak bongsu saya ke tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Mutiara di sini.

Menurutnya, banjir kali ini amat teruk berikutan hujan lebat tanpa henti selama dua hari menyebabkan Sungai Tebrau melimpahi sehingga menyebabkan banjir melanda Kampung Paya Kenangan.

Dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat walaupun semua peralatan rumah termasuk barang elektrik dan perabot rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI