fbpx

Dua sahabat mengaku tidak bersalah ugut pemandu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kali antara dua didakwa di Mahkamah Majistret Kulai, Johor atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pemandu bas di Kulai, bulan lalu.

KULAI – Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang pemandu bas, bulan lalu.

Tertuduh, S. Hariprasat, 32, dan M. Kali, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan ugutan jenayah dengan tujuan hendak mendatangkan cedera dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada Zaihan Zainon, 32.

Kejadian itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Batu 21, Kulai Besar di sini, pada pukul 8.15 pagi, 24 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohammad Dzulkhairi Saat menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh, namun dibantah peguam Amarpreet Singh yang mewakili Hariprasat.

Menurut peguam itu, anak guamnya yang juga merupakan seorang pemandu lori tersebut mempunyai tanggungan seorang isteri dan ibu bapa, manakala Kali yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak diwakili peguam memberitahu dia menghidap sakit jantung.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 3 April depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI