fbpx

Dewan Rakyat: Tiada perancangan iktiraf UEC – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak merancang untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) sama seperti kerajaan terdahulu.

Ini kerana kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tindakan tersebut dibuat berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini Kementerian Pendidikan tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],” katanya dalam jawapan bertulis hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang meminta kementerian menjelaskan pendirian berhubung pengiktirafan sijil UEC.

Ini kerana sebelum ini, terdapat cubaan daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan sewaktu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktiraf UEC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI