fbpx

Bot pemancing dikelilingi kawanan jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukan sejumlah ikan jerung mendekati bot pemancing di luar pantai Venice, Louisiana baru-baru ini. - Foto Dillion May/Storyful

VENICE, Louisiana – Seorang pemancing, Dillon May mendapati botnya dikelilingi oleh berpuluh-puluh atau beratus-ratus ikan jerung yang memakan umpan di luar pantai Venice, Louisiana, Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Post semalam.

Satu rakaman video menunjukkan kawanan ikan itu mengejar ikan-ikan kecil dengan pantas dan terburu-terburu sehingga menyebabkan pemancing di dalam bot terkena percikan air laut.

Pada satu ketika, lebih 12 ikan jerung bergerak ke arah bot itu.

May berkata, dia dan rakan-rakannya berharap untuk menangkap ikan tuna kuning dan pada mulanya, mereka menyangka ikan-ikan tuna memakan umpan mereka sehingga membuatkan air laut kelihatan seperti mendidih.

“Kemudian kami melihat ia adalah ikan jerung pada pod umpan. Kami tidak pernah melihat apa-apa seperti itu,” kata May. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI