fbpx

Bapa reda hilang dua anak akibat lemas di Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa (kiri) menyerahkan pencen penakat dan sumbangan barangan keperluan kepada Yusof (kanan) di Kampung Permatang Berangan hari ini. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Dua beradik yang ditemui lemas di Air Terjun Sedim, Sungai Kob di Kulim Ahad lalu disifatkan sebagai pasangan yang akrab sejak kecil selain berkongsi minat dalam aktiviti sukan lasak bersama.

Bapa mangsa, Yusof Mat, 67, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Syafiq, 33, dan Mohamad Syazwan, 25 secara serentak selain menyifatkan mereka sebagai anak yang baik.

Menurutnya, dia sempat berpesan kepada dua beradik itu supaya berhati-hati semasa berada di tempat orang sebelum keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi.

“Mereka ada maklum akan ke Sedim bersama rakan-rakan. Tiada sebarang perubahan ditunjukkan kerana saya tahu mereka sudah biasa ke sana malah kedua-duanya juga mahir berenang.

“Kedua-dua mereka merupakan anak yang baik, berperwatakan kelakar dan tidak pernah lupa menghulurkan belanja setiap bulan. Saya reda dengan takdir Allah S.W.T,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Permatang Berangan, Seberang Perai Utara di sini hari ini.

 

Allahyarham Mohamad Syafiq (kiri) dan Mohamad Syazwan (kanan)

Terdahulu, Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang, Mustafa Draman hadir ke kediaman keluarga terbabit dan menyerahkan Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah kepada Yusof.

Mohamad Syafiq yang bekerja sebagai pekerja am di Bukit Mertajam adalah pencarum Perkeso yang melayakkan Yusof untuk menerima pencen penakat bulanan sebanyak RM331.20 selain Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM2,000.

“Pencen yang diterima dapat membantu waris meneruskan kelangsungan hidup. Walaupun amaunnya tidak besar, sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga mangsa terbabit,” katanya.

Ahad lalu, Mohamad Syafiq dan adiknya, Mohamad Syazwan, ditemui lemas di kawasan air terjun terbabit kira-kira pukul 3.55 petang.

Insiden berlaku ketika dua beradik itu mandi di kawasan lubuk sungai bersama tiga lagi rakan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI