fbpx

Aset tentera darat tidak mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamrose ketika berucap pada Istiadat Perbarisan Dan Perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Aset pertahanan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan ditambah berdasarkan keperluan meskipun disifatkan tidak mencukupi ketika ini.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Jeneral Zamrose Mohd. Zain berkata, bagaimanapun, pihaknya sentiasa menggunakan aset sedia ada secara optimum.

“Kalau saya kata aset sedia ada mencukupi itu saya bohong. Aset ini memang tidak mencukupi. Tetapi kita sebagai tentera sentiasa menggunakan apa yang sedia ada.

“Kita tidak boleh dapat (jumlah aset) yang paling ideal yang mana kita minta 10 akan dapat 10. Kita mungkin dapat lima atau enam sahaja dan kita faham dengan keadaan kewangan negara,” katanya pada sidang akhbar Istiadat Perbarisan sempena Hari Tentera Darat ke-90 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM17.7 bilion untuk Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, Zamrose berkata, daripada jumlah itu, TDM menerima peruntukan sebanyak 6.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan operasi termasuk perolehan aset-aset baharu.

Jelasnya, perbelanjaan operasi akan diperuntukkan secara tahunan manakala perbelanjaan pembangunan dibuat secara berfasa.

“Sebab (pembangunan) ini bergantung pada tempoh perolehan aset ketenteraan kerana aset-aset ini tidak boleh dibeli seperti kereta BMW, ia harus direka khas.

“Kita perlu berunding dengan pihak pengeluar dahulu untuk dapatkan sistem-sistem atau ciri-ciri ketenteraan mengikut spesifikasi yang tepat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI