fbpx

Amaran ribut petir di 6 buah negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) petang ini telah mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri seluru negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu keadaan sama juga dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar sehingga 7 malam nanti.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Sementara itu, di Sabah pula keadaan sama diramalkan melanda Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI